Monday, 12 September 2011

ISNIN YANG SIBUK

Seminggu lebih ramai kakitangan bercuti sempena Hari Raya.  Hari ni pejabat beroperasi dengan kapasiti yang penuh semula.

Tapi kerja terlalu banyak sekali.  Maklum saja la dah tersadai lebih dari seminggu.  Si ketua-ketua asyik memerintah mahu itu dan ini.  Ingat mesin ke?

Sudahnya semua terpaksa balik lewat.  Mana tidaknya?  Esok ada banyak perkara yang sampai had tempuhnya.

Baru tahu!  Tak pernah-pernah begitu.  Isnin menjadi hari yang amat sibuk sekali!

Thursday, 1 September 2011

UCAPAN RAYA

Sudah masuk hari ketiga.  Ingat nak masuk malam hari pertama.  Tapi terhalang kerana ada tetamu yang duduk sembang sampai agak lewat malam.

Bersempena hari mulia ini, elok buat ucapan juga la.  Kiranya masih tak begitu terlambat lagi.

SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L F I T R I
MAAF ZAHIR BATIN