Tuesday, 16 August 2011

TINGKATKAN IBADAH DI AKHIR RAMADHAN

Alhamdulillah.  Syukurlah kita sudah selamat menunaikan kewajipan ibadah puasa separuh dari bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini.  Kita juga diberkati dengan rahmat dan rezeki untuk melakukan ibadah sunat Ramadhan yang termampu.

Harapannya biarlah kita terus diberkati dengan umur yang panjang dan  tubuh badan yang sihat.  Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi untuk baki Ramadhan yang ada. Amin.

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH

SEMOGA MENDAPAT BARAKAH LAILATUL QADAR

Mengikut panduan terbaik, Lailatul Qadar berada di sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Jadi marilah kita cuba pertingkatkan ibadah pada malam-malam ini.

Tuesday, 2 August 2011

YANG MEMULIAKAN RAMADHAN & YANG MENANTI RAMADHAN

Umat Islam Malaysia mula berpuasa pada hari Isnin.  Kebanyakan negara Islam termasuk Arab Saudi juga mula berpuasa pada hari yang sama.

Mereka yang kuat imannya, begitu gembira menyambut Ramadhan al Mubarak ini.  Ramadhan amat dimuliakan.  Mereka-mereka ini mendambakan ganjaran pahala terbaik yang dijanjikan.

Tapi ramai juga lagi menantikan kedatangan Ramadhan.  Bukan kerana ganjaran pahala, tapi kerana sana sini ada pesta makan.

Di merata tempat ada bazaar Ramadhan.  Di hotel-hotel pula ada buffet Ramadhan.  Mereka-mereka ini sama tarafnya dengan yang bukan Islam.  Apa yang menggembirakan ialah serba macam hidangan dan juadah istimewa yang disediakan!

Jelas tak sama kan?  Muslimin dan Muslimat yang beriman memuliakan Ramadhan kerana mendambakan pahala.  Golongan lain pula menanti Ramadhan kerana pelbagai juadah yang ditawarkan.