Friday, 22 July 2011

SIBUK SHOPPING RAYA

Puasa wajip bulan Ramadhan belum lagi.  Tapi rata-rata orang Melayu bershopping sakan.  Sana-sini penuh!

Alasannya ialah kerana tukang jahit tutup tempahan sebelum mula bulan puasa.  Terutamanya bagi membuat baju kurung.

Begitulah orang Melayu.  Yang jarang sembahyang, yang selalu tak puasa tu lagi lebih-lebih!  Bagi mereka Raya tu adat!

Thursday, 7 July 2011

DUNIA TERTAWAKAN KITA

Kawan aku cerita kecuh juga pasal isu Bersih tu.  Tapi yang jelas dunia mentertawakan Malaysia.

Aku tak ambil pusing sangat.  Tapi rata-rata orang komen secara berseloroh, 'Ada orang begitu anti-bersih!'

Semua orang berhak membuat penilaian sendiri.  Tapi di Sana, selepas mati semua orang bertanggung-jawap di atas segala tindakan mereka di dunia ini.