Umat Islam Malaysia mula berpuasa pada hari Isnin. Kebanyakan negara Islam termasuk Arab Saudi juga mula berpuasa pada hari yang sama.
Mereka yang kuat imannya, begitu gembira menyambut Ramadhan al Mubarak ini. Ramadhan amat dimuliakan. Mereka-mereka ini mendambakan ganjaran pahala terbaik yang dijanjikan.
Tapi ramai juga lagi menantikan kedatangan Ramadhan. Bukan kerana ganjaran pahala, tapi kerana sana sini ada pesta makan.
Di merata tempat ada bazaar Ramadhan. Di hotel-hotel pula ada buffet Ramadhan. Mereka-mereka ini sama tarafnya dengan yang bukan Islam. Apa yang menggembirakan ialah serba macam hidangan dan juadah istimewa yang disediakan!
Jelas tak sama kan? Muslimin dan Muslimat yang beriman memuliakan Ramadhan kerana mendambakan pahala. Golongan lain pula menanti Ramadhan kerana pelbagai juadah yang ditawarkan.