Friday, 11 November 2011

11.11.11

Memang cantik nombor ini.  Kiranya amat mudah diingat dan sangat menerujakan!  Hehe!  Ada ke perkataannya?

Tapi tak ada apa pula yang boleh dibuat supaya boleh memberi impak.  Sekali lagi kombinasi nombor cantik begini dibiarkan berlalu saja la!

Wednesday, 12 October 2011

BETUL LA SEDAP

Hari ini ada urusan sikit dengan MBPJ.  Selesai urusan kedua kawan ajak pergi makan rojak dan cendul yang katanya memang sedap.

Sebenarnya perut agak kenyang sebab sudah makan nasi lemak masa brekfes.  Makan pun agak lewat juga; sekitar pukul 9.30.

Lagi pula aku tak gemar sangat rojak.  Jadi aku hanya minum cendol saja.  Betul la!  Memang sedap!  Lihatlah hidangannya.

Wednesday, 5 October 2011

PENYAKIT DENDAM AKAN MAKAN DIRI

Tadi semasa keluar makan, kereta aku dilanggar orang.  Malangnya tak tahu dengan pasti siapa pelakunya sebab kereta aku dalam parkir.

Masa tu ada seorang pegawai dari Jabatan Agama bersama kami.  Katanya jangan sesekali mendendam kepada pelakunya.

Katanya penyakit dendam jangan dilayan.  Penyakit dendam akan hanya memakan diri sendiri.

Monday, 12 September 2011

ISNIN YANG SIBUK

Seminggu lebih ramai kakitangan bercuti sempena Hari Raya.  Hari ni pejabat beroperasi dengan kapasiti yang penuh semula.

Tapi kerja terlalu banyak sekali.  Maklum saja la dah tersadai lebih dari seminggu.  Si ketua-ketua asyik memerintah mahu itu dan ini.  Ingat mesin ke?

Sudahnya semua terpaksa balik lewat.  Mana tidaknya?  Esok ada banyak perkara yang sampai had tempuhnya.

Baru tahu!  Tak pernah-pernah begitu.  Isnin menjadi hari yang amat sibuk sekali!

Thursday, 1 September 2011

UCAPAN RAYA

Sudah masuk hari ketiga.  Ingat nak masuk malam hari pertama.  Tapi terhalang kerana ada tetamu yang duduk sembang sampai agak lewat malam.

Bersempena hari mulia ini, elok buat ucapan juga la.  Kiranya masih tak begitu terlambat lagi.

SELAMAT
HARI RAYA
A I D I L F I T R I
MAAF ZAHIR BATIN

Tuesday, 16 August 2011

TINGKATKAN IBADAH DI AKHIR RAMADHAN

Alhamdulillah.  Syukurlah kita sudah selamat menunaikan kewajipan ibadah puasa separuh dari bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini.  Kita juga diberkati dengan rahmat dan rezeki untuk melakukan ibadah sunat Ramadhan yang termampu.

Harapannya biarlah kita terus diberkati dengan umur yang panjang dan  tubuh badan yang sihat.  Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi untuk baki Ramadhan yang ada. Amin.

SELAMAT MENERUSKAN IBADAH

SEMOGA MENDAPAT BARAKAH LAILATUL QADAR

Mengikut panduan terbaik, Lailatul Qadar berada di sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Jadi marilah kita cuba pertingkatkan ibadah pada malam-malam ini.